Wednesday, December 1, 2010

Busana Patuh Syariah..


Menutup aurat sangat sinonim dengan muslimah. Namun mungkin tidak semua Muslimah menutup aurat. Yalah, automatiklahir sebagai orang Islam belum menjamin apa – apa. Apatah lagi penghayatan syariat. Namun jika wanita itu Mukminah, mereka mesti menutup aurat kerana itu sdentiti yang sepatutnya mereka bangga – banggakan.
                Anjuran menutup aurat ini diperintahkan dalam al-Quran al-Karim dalam ayat 31 surah al-Nur, mafhum firman Allah s.w.t.: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera – putera mereka, atau putera – putera suami mereka, atau saudara – saudara laki – laki mereka, atau putera – putera saudara perempuan mereka, atau wanita – wanita Islam, atau budak – budak yang mereka miliki, atau budak – budak laki – laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak – anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakunya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
                Menutup aurat itu tidaklah susah jika rasa malu telah menghuni hati Muslimah. Namun jika berbagai alasan mengiringi seruan menutup aurat, maka mulalah rasa berat. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan Muslimah yang lain. Cuba kita menyemak kembali pakaian yang tersusun rapi di dalam almari pakaian. Adakah semua pakaian yang kita pakai di luar rumah dan di hadapan mahram itu patuh syariah?


PANDUAN MUDAH BUSANA PATUH SYARIAH.

1.        Tidak nipis.
Pakaian itu perlu diperbuat daripada kain yang tebal atau tidak nipis. Yang penting kain tersebut mampu melindungi tubuh seseorang. Selain itu warna kain mampu melindungi warna kulit sama ada putih melepak, kuning langsat atau sawo matang.



2.        Menutup seluruh bahagian badan dikira aurat.
        Berapa helai pun pakaian yang disarungkan ke tubuh kita, pastikan seluruh badan kecuali wajah dan tapak             
        tangan terlindung. Jangan rasa bangga mendedahkan aurat. Sebaliknya kasihanilah kulit anda kerana sebagai
        wanita yang memiliki kulit semula jadi lembut dan gebu perlu dipelihara. Kulit seorang wanita bukan kulit buaya
        yang dengan selamba boleh berjemur di bawah terik matahari.



1.        Tidak memperlihatkan bentuk tubuh.
Saiz ukuran pakaian hendaklah longgar supaya dapat memberi keselesaan kepada tubuh kita. Apalah ertinya berpakaian jika pakaian kita yang ketat seperti membungkus tubuh lalu bentuk tubuh dapat dilihat dengan jelas. Jangan pula memakai pakaian yang jarang tetapi memakai inner yang ketat hingga menampak bentuk badan.

2.        Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.” (Riwayat al-Bukhari no.5547)

3.        Tidak menyerupai pakaian wanita non-Muslim.

4.        Bukan pakaian syuhrah.
Yakni mempunyai unsur – unsur yang membangga – bangga dan menunjuk – nunjuk.
               
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai anak Adam, sesunnguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda – tanda kekuasaan Allah, mudah – mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A`raf 7:26) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian taqwa di sini ialah pakaian yang memenuhi ciri – ciri bertaqwa kepada Allah, patuh kepada larangan dan ancaman Allah.
                Akhir kalam, ringankanlah hati dan anggota badan untuk menuruti dan mematuhi suruhan Islam agar wanita Muslimah sentiasa memelihara aurat daripada ancaman dosa dan maksiat. Islam perlu diambil secara menyeluruh, untuk mendapatkan kebaikannya yang syumul.
                Persepsi sebahagian besar umat Islam, menutup aurat itu hanya dengan menutup kepala sahaja. Selain itu, perkara yang sering diabaikan ialah kaki. Ramai wanita menunggang basikal atau motosikal, terselak betis dan kaki, pada hal ianya juga aurat. Jadi, seeloknya memakai seluar panjang sebagai pakaian dalam dan juga bersarung kaki. Inilah kesempurnaan penutupan aurat wanita.
                Bagi wanita Muslimah, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. ini saat sebelum keluar rumah untuk apa – apa urusan sekalipun.

Friday, November 19, 2010

TAUBAT..


Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy`ari r.a., maksudnya : “Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada siang hari dan membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari. Keadaan ini (peneriamaan taubat) berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (kiamat).” (Riwayat Muslim)
Taubat menurut bahasa adalah kembali. Manakala menurut syarak pula adalah kembali daripada sesuatu yang ditegah oleh Allah s.w.t. kepada sesuatu yang terpuji di sisi Allah s.w.t.
Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dalam Risalah al-Qusyairi menyatakan bahawa taubat merupakan jalan pendakian utama dan pertama bagi setiap Muslim, apatah lagi bagi mereka yang melalui jalan para sufi.
Imam al-Ghazali dalam karya terakhirnya, Minhaj al-`Abidin telah manyatakan bahawa taubat merupakan satu tindakan hati. Ia bermaksud tindakan yang dilakukan sebagai usaha membersihkan hati daripada segala maksiat yang menyebabkan hati terhijab daripada Allah s.w.t.
Namun menurut al-`Arif Billah Sahl Abdullah al-Tustari pula, taubat adalah meninggalkan sifat bertangguh – tangguh daripada taubat itu sendiri.
Ini bermaksud seorang hamba Allah itu semestinya sentiasa membersihkan hatinya daripada segala maksiat dan kelalaian.
Seorang ulama sufi, Syeikh al-Busyanji ketika di tanya tentang hakikat taubat, beliau menjawab :”Taubat itu adalah apabila kamu mengenangkan dosa – dosamu, kemudian kamu tidak merasakan kemanisan ketika mengingatinya (lantaran penyesalan dan kesedihan terhadap dosa – dosa itu), maka taubatmu adalah benar.”
Inilah takrif taubat para hamba terhadap Rabnya meurut perbahasan dan pandangan para ulama sufi yang telah melalui perjalanan makrifat mereka menuju Allah s.w.t.


Sebab – Sebab yang Mampu Membangkitkan Rasa Ingin Bertaubat.
Dr. Aidh Abdullah al-Qarni dalam kitabnya Jannah al-Ma`wa telah menyatakan bahawa antara sebab yang mampu membangkitkan keinginan seseorang untuk segera bertaubat kepada Allah s.w.t. ialah :
  •  Zikr al-maut. Menerusi ingatan yang mendalam terhadapkematian dan kehidupan bersendirian di alam kubur mampu membangkitkan rasa ingin bertaubat kepada-Nya. Oleh sebab kematian itu akan menyamakan taraf orang yang kaya dengan miskin, yang berkuasa dengan para hamba, maka ia mampu membangkitkan rasa ingin bertaubat dalam hati manusia yang berdosa.
        Benarlah apa yang dinyatakan oleh ulama sufi yang terkenal iaitu Abu Abdul Rahman Hatim al-`Asam tentang bagaimana zikr al-maut mampu menimbulkan keinginan untuk segera bertaubat. Katanya : “Tidak berlalu satu pagi pun kecuali syaitan datang membisikkan kepadaku (dan kepada semua anak Adam agar sentiasa terpaku dengan dunia dan menangguhkan taubat kepada-Nya) dengan pertanyaan : ‘ Apa yang akan engkau makan untuk mengisi perutmu dan apa yang engkau akan pakai untuk perhiasan dirimu dan ke mana arah tujuanmu pada hari ini?’ Lalu aku (Hatim) menjawab : ‘Aku pasti akan makan (menemui) kematian, aku akan pakai kafan serta akan pasti menuju ke kubur (sebagai perhentian terakhir di dunia ini). (Disebabkan keyakinan ini terhadap tiga perkara yang sentiasa dibisikkan oleh syaitan kepada anak Adam) maka ia lari daripadaku!”


  • Mengingati nikmat dan azab yang dijanjikan Allah kepada hamba-Nya.mengingati balasan kekal seperti syurga yang penuh dengan kenikmatan dan neraka yang penuh dengan azab sengsara menerusi janji Allah s.w.t. terhadap hamba – hamba-Nya juga mampu membangkitkan keinginan untuk menyegarkan taubat kepada-Nya. Apabila seseorang hamba lazim mengingati balasan yang akan diterima olehnya pada hari yang lebih ingin bersedia menghadapi janji – janji-Nya yang benar.
               
Inilah satu – satunya jalan bagi pembukaan kepada hidayah dan pimpinan daripada-Nya. Menerusi taubat pasti kehidupan seorang hamba itu akan kembali kepada hakikat kehambaannya yang sebenar. Benarlah apa yang dinyatakan oleh al-`Arif Billah Yahya bin Mu`az al-Razi : “Beruntunglah bagi sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburnya (bertaubat dan bersiap sedia dengan amalan) sebelum dia memasukinya dan redha dengan Rabnya sebelum dia menemui-Nya.”
 Wallahu a`lam.

Thursday, November 18, 2010

Sejauh mana cinta kita kepada-Nya?


"Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala - galanya. inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian."

salam semua..hari nie ana nk kongsi langkah2 MENCINTAI ALLAH...
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar.

Amalkan petua - petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.
  • Amalkan segala suruhan Allah dgn sungguh2 & tanpa banyak soal & alasan.
  • Jauhi larangan Allah & jgn sekali2 dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpan rasa "tidak sedap hati" saat X pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
  • Letakkan Allah sebagai prioriti dlm hidup & dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah @ saat perlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dlm setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qadak & qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati & juga lidah.
  • Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin & syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606) Apakah bekalan yg biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan @ sijil yg mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya @ sekeping hati yg bersih.
  • Renew. Senantiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah akhirat. Lepas satu kebaikan & ibadah dikerjakan, lakukanlah yg lain pula.
  • Aktif. Seorang hamba yg betul2 mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yg tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
  • Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata2 untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
  • Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata2 telah menyampaikan diri kita kepada cinta-Nya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cinta-Nya, & laksanakan amalan yg disukai-Nya.
  • Cintailah apa sahaja yg disukai Allah & bencilah apa jua yg dibenci-Nya.

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha..

salam aidiladha..
berape ekor lembu korban tahun nie??
heheehee saya just tengok jer korban orang laen..
Insya Allah mne tau sok lusa giliran saya lak korban..hehee
giliran saya???hehehee Amin..

Andai Itu Takdir-Nya..

salam ukhwah semua..
semua??ade ramai ker yg tengok blog nie??
hehee just nk jinak2 ngan blog..
so kalau ade salah silap tlg la bagitau yer..
ape2 pun thanks buat fatin hazwani coz tolong create kan blog nie..hehehe
malu pulak rasenye org laen yang tlg createkn..huhuu