Tuesday, November 22, 2011

Tips Nikah Kawin..


Tips yang menarik untuk dikongsikan bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON.
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami tapi carilah ayah 
    bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR.
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang
    tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH.
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN.
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk
    mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-
    nyiakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA.
     Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
    Sedarilah bahawa jalan akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang
    penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONONI KELUARGA MERUNDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
      Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

Thursday, September 8, 2011

..::Mampukah 10 orang anak menjaga seorang ibu??::..

Hmm kali nie nk post berkaitan "IBU".. walaupun bukan hari ibu..tp xsalah rasanye ingat mengingati kan..
















Jadi...Hargailah ibu kita sebelum ianya pergi tinggalkan kita..

Sunday, August 14, 2011

Hakikat Pernikahan..

Lama jugak xpost something kan..huhuu maaf ye sahabat2 maya semua..hmm kali nie terasa nak share some thing la..terbaca benda nie kat internat..so tu yang rasa nak share..harap bermanfaat..Insya Allah..


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?? cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidak memuaskan.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI/PERGI.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlikNYA. Dan ALLAH mecintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.
Wallahualam..

Tuesday, August 9, 2011

~ISTIKHARAH CINTA~

"Cinta adalah kekuatan yang mampu 
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta.."

"Ya Allah..
Jika aku ditakdirkan jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang..
yang melabuhkan cintanya padaMu..
Amin.."

"Sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberikan sesuatu
...dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa
...dia bersabar;

yang menyenangkan hatimu
...bila kamu melihatnya
dan mentaatimu
...bila kamu menyuruhnya"
(maksud hadith)

"Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.."

"Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.."

"dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta"

kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta...

"Sesungguhnya...
aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
dan jikalau agama itu hilang daripadamu..
maka hilanglah CINTAku padamu.."

Monday, May 30, 2011

Zikrullah Dilimpahi Ketenangan..

Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : "Allah s.w.t. berfirman:'Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepada-Ku. Jika dia berzikir (mengingati-Ku) dalam dirinya maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut mana-Ku di dalam sebuah perhimpunan maka Aku mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya." (Riwayat al-Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)

     Alhamdulillah, Mutiara Tasawuf kali ini akan membahaskan kepentingan dan kelebihan - kelebihan zikir menerusi neraca para sufi yang telah melaluinya dalam perjalanan mencapai makrifatullah.
     Zikir menurut bahasa ialah menyebut dan mengingati. Manakala dari segi istilah pula ialah menyebut dan mengingati Allah s.w.t., Zat Yang Maha Sempurna dengan pelbagai sighah. Ia merupakan amalan hamba yang sentiasa sedar akan tuntutan kewajiban mengingati dan mensyukuri Khaliknya.

Kepentingan Zikrullah di sisi para Ulama.

Ibn Abbas r.a. menegaskan tentang kepentingan zikir ini dengan katanya : "Sesungguhnya setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hamba-Nya ada batasannya. Bagi yang uzur, dimaafkan oleh-Nya. Namun tidak bagi zikrullah. Tidak ada batas dan uzur yang dapat diterima untuk keringanan daripada zikir kecuali apabila akal seseorang itu telah berubah menjadi gila."
     Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dalam risalah al-Qusyairiyah pula menyatakan : "Zikir itu adalah lambang kewalian dan jiwa bagi segala amalan. ia tidak terbatas dalam waktu haram dan ternafi daripada segala keuzuran."
     Al-'Allamah Abu Laith al-Samarqandi menyatakan di dalam Tanbih al-Ghafilinnya : "Zikirnya Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah dengan mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. maka apabila seseorang hamba itu berzikir kepada-nya, Dia menyebut zikir hamba-nya itu dengan kurniaan keampunan."

Monday, May 9, 2011

Kem Kepimpinan Nisa'

Assalamualaikum pembuka bicara..

Ana nk share something..
actually benda nie dah 2 minggu di simpan..heheee
Tanggal 23 April yg lepas(serentak ngan program mewarna) ana join kem kat Ampang Pechah..

~nie antara adik2 Nisa' ana~

masa 2 kiteorang datang agak lewat la..
program start awal pg..(xsilap pukul 8 pg dah start..tp kiteorang sampai pukul 4 ptg..)
lagipun bukan sengaja nk lewat..
mase datang 2 agak malu jugak la..
almaklum la yg join nie bkn dari Hulu Selangor..
tp daerah laen..
Nisa' Banting..Nisa' Sg Besar..Nisa' Gombak..Nisa' UKM..Nisa' Bangi..
macam-macam lagi la..huhuuu
tp TUAN RUMAH lak yang datang lewat..
dah 2 yang datang cuma 8 ORANG je..
malu giler..
kalau ramai xpe gak la..huhuuu

ok2 jom tengok serba sedikit pic yang sempat dirakamkan..

~fuhh lepas sudah..say sakinah~

~Insya Allah bakal2 pemimpin~

~ini lah BARANG AMANAH kami~

barang amanah (biskut merrie) nie diberi semasa pendaftaran..
so kne simpan baik2..
mane tau die minta balik kan..


cuaca pun baik..sesuai untuk beribadah..

~sorry raja tercandid lak..hehehe~


Inilah barisan kita..

Alamak nape berdiri cam nie??

macam nak bernasyid la pulak..hehehee

~SEMPOI~

ohh pokok ku..


"kak boleh tak kiteorang nk main nie?" tanya Elliani..

"hmm jap akk pikey..boleh ke k masuk dalam tayar tu??"

adik2 ku yang ceria..


~nie plan perumahan kat Kg Pasir Kalumpang~

alamak nape lak masuk Kg. Pasir lak nie??

haa jgn xtau..nie nk kna g berperang lak..hehee

KE MEDAN SIASAH..

salah satu modul yang wajib dipatuhi..

~FULL PLAN~


nie sebahagian group ana..
sebenarnye ade 10 orang sumenye..
tp kteorang berpecah jdkan 2 kumpulan..
2 yang tinggal 5 orang..
(4 orang dlm gambar..1 tlg tangkap gambar..ana la 2..hehee)



~time 2 back~



masing2 kepenatan pas habis 2..
tp Alhamdulillah message yang nk disampaikan berkesan..
harap2 kami dapat manfaatkan ape yang diterapkan buat kami satu hari nanti..
Amin..

p/s : KEM SPIES BELIA memang best..

Tuesday, May 3, 2011

~Hijrah~

Seringa daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihMu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan


Lirik : Tn. Hj Ismail b. Ahmad
Lagu : Ummu Umar

Tuesday, April 26, 2011

Program Kewangan & Pertandingan Mewarna

~HARI PENGGUNA MALAYSIA~

Pada hari sabtu yang lepas (23 April 2011) FOMCA dgn kerjasama Nisa' Hulu Selangor & Masjid As-Salam Bukit Sentosa telah mengadakan satu pertandingan mewarna bagi kanak2 yg berumur dari 4-12 tahun.. Disamping 2 juga ada diselitkan program untuk REMAJA & DEWASA berkaitan cara2 menguruskan kewangan dgn betul..(tapi sayang X dpt join..kena jaga adik2 mewarna..huhuu)

~BERSAMA LUKISAN 10-12 THN~

Ana just jaga adk2 yg berusia 10-12 thn je..2 yg ade lukisan dieorang..huhuu..

~MACAM NK BERNASYID LA PULAK~

Tp kan ade perkara kelakar bg diri n dah berlaku..nk tau??mase adk2 nie tgh khusyuk mewarna, ade la ayh salah seorang peserta n nk ty ble habis adk2 mewarna..tau xcm ne die ty??

"Cikgu dieorang nie habis pukul berapa??"

haa CIKGU??

dah lame xdengar org pgl ana cikgu..

Last pn bln 2 (february) yg lepas..tp 2 ank murid sendiri yg panggil..so xkisah sangat la..
tp n ayh budak..heheee
mase 2 nk tergelak pn ade..tp SABAR..
Insya Allah mne tau satu hari nnt akn kembali MENGAJAR..

Ok jom tengok adk2 nie mewarna..




(jgn xpercaya, non muslim pun ade gak tau..)





Uppsss kenape ade yg dpt air?? haa yg dpt air 2 da siap warna..so akn dpt sijil, air & komik UPIN & IPIN..

sabar ye adik2..selepas nie ade kuiz pulak..PENANTIAN SATU PENYEKSAAN..

adik nie just conteng2 je..xmasuk pn pertandingan..

kawan2 jom baca komik..

tekun nya..(^_^)




Kami yang terakhir hantar..harap2 menang la..

tp keputusan dah dibuat..yg memang majoriti adk2 perempuan..(alamak lelaki dah pupus ker??)


P/S:maaf gambar nye xsempat nk ambil..huhuu