Tuesday, November 22, 2011

Tips Nikah Kawin..


Tips yang menarik untuk dikongsikan bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON.
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami tapi carilah ayah 
    bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR.
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang
    tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH.
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN.
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk
    mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-
    nyiakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA.
     Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
    Sedarilah bahawa jalan akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang
    penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONONI KELUARGA MERUNDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
      Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.