Thursday, April 26, 2012




Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut:
Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.


Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.

Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.

Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya  potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib.

Dasar dan Hukum Pinangan
Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya." (Riwayat Nasa'i dan Tirmizi).


Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua'ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu.
Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah  mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).


Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa'ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874,:-

Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya:

" Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya." Maka Saidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang." Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?." Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan."

copy paste iluvislam.com

Wednesday, April 25, 2012

..::Misteri Restoran Adik Manja Di Kuantan, Pahang::..


Assalamualaikum...

Hmm baca tajuk pun dah seram kan??? Nie la email yang saya dapat mase masuk office pagi tadi..
Jom kite baca sikit ape penerangan yang "mereka" hantar dalam email 2....

"Dah lama aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri"...

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..
Anonymous said...
Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.


Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.

Amacam???Seram x??
Kat bawah nie serba sedikit gambar2 restoran 2..





Renung2 kan bersama.. (^_^)

wassalam..

Friday, April 20, 2012

..::Tazkirah JUMAAT~kuliah maghrib USTAZ AZHAR IDRUS Masjid Al-Falah Sg. Isap::..

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Selamat Beramal,
Wahai diriku,
Solatlah kamu di belakang imam,
Sebelum kamu di solatkan di hadapan Imam..

~ Kuliah Maghrib bersama USTAZ AZHAR IDRUS pada 25 Jan 2012 (Rabu)
di Masjid Al-Falah Sg. Isap - SESI SOAL JABAB ~

1) MARHABAN oleh WANITA ketika majlis perkahwinan / di khalayak ramai = mengangkat suara dengan melagu-lagukan untuk di dengar oleh bukan mahram, maka HARAM.. contoh : perempuan azan hukum haram, iqamat hukum makruh bila di dengar ajnabi.. Jika buat untuk pendengar perempuan sahaja maka boleh..

2) Pergolakan rumah tangga kerana suami telah kawin lain.. Si isteri / ibu menghasut ANAK mereka supaya BENCIkan ayah mereka = HARAM.. BERDOSA BESAR walaupun ayah mereka seorang kafir.. Orang yang memutuskan Silaturrahim, amalan dia tidak akan diterima, nak marah boleh, tapi jangan sampai macam tu, jangan melebihi sempadan (hukum syarak)..

3) Apakah ibadat yang baik selain Tawaf dan Umrah ketika berada di Mekah @ Madinah? = Ziarah makam RASULULLAH S.A.W.  mendapat ganjaran pahala yang sangat besar, kerana bila kita ziarah makam Baginda ibarat kita berjumpa dengan Baginda.. Duduk / Iktikaf dekat Raudhah (Madinah)..

4) Hukum mengGAYAkan bacaan AL-QURAN seperti lagu Hindustan & Melayu = TAK BOLEH.. Baik hias suara dengan gaya Arab, ikut cara orang arab baca..

5) Isu suara dari langit = dekat Qiamat memang banyak dengan bunyi-bunyi, tetapi itu bukan nak Qiamat.. Nabi cakap, berpeganglah kepada Quran & Sunnah (hadis) maka kamu akan selamat biar datang Dajal pun, kamu tak kan disesatkan oleh dajal ataupun yakjuk makjuk.. Daripada kaji Qiamat, baik buat kursus mandi MAYAT!!

6) "Saya curi ayam, wajib x saya sembelih ayam tu sebelum makan?" = 'Boleh tahan jugak orang Sg. Isap nie..' Hukumnya HARAM kerana mencuri ayam, hukum sembelih harus, kerana jika xsembelih ayam itu menjadi bangkai.. tetapi hukum memakannya haram kerana makan ayam curi..

7) Soalan boleh tahan nie... (i) Batal tak wuduk jika pegang zakar yang terputus? = Jika zakar itu BENTUK SEMPURNA lagi, BATAL..jika BUKAN BENTUK SEMPURNA, TIDAK BATAL.. (ii) Batal ke Xwuduk juka pegang mayat perempuan bukan muhrim? = Batal..

8) Aqidah ASWJ tentang titian Sirat = mengikit Rasulullah S.A.W., di bawah titian sirat ada api neraka (hadith riwayat Muslim).. di dalam Al-Quran, tiada seorang pun yang dapat lagi, melainkan semua kena lalu titian sirat nie.. Allahurobbi..

9) Kerja di PELANTAR MINYAK 1 bulan, solat Jumaat 4 kali xpergi = Jika dia syiff 2 minggu duduk di pelantar tetapi sengaja pilih syiff untuk duduk di pelatar 1 bulan, maka haram.. jika memang DITETAPKAN dalam JADUAL = XHARAM..

10) Suami xberi nafkah, xbertanggungjawab, xleh ditegur, xsolat, apakah yang patut dibuat = SIAPA TIADA SOLAT BAGINYA MAKA TIADA AGAMA BAGINYA.. amal ibadat X di terima.. Silap kita, siapa suruh gi nikah dengan dia.. Nak pilih bakal suami, elok-elok.. jangan pandang rupa & harta benda, nasi dah jadi bubur..cuba bincang dengan ahli keluarga suami yang terdekat, yang suami hormat / malu padanya, suruh nasihat suami, jika tak jadi jugak, pergi pejabat agama, pejabat agama akan siasat.. Jika betul, boleh minta cerai..

11) Boleh X, kain Ihram (kain yang dipakai masa pergi haji) di guna untuk buat kain kafan? = Hukumnya harus (boleh)..

12) "Boleh Xkawin dengan ibu susu adik ipar saya?" = Boleh.. Dengan susu - susu boleh..

13) Baca surah An-Nas sebelum solat, sunat ke? = kata ulamak daripada Universiti Al-Azhar tidak sunat, tetapi jika niat untuk mengelak daripada gangguan syaitan, harus.. dalam keadaan aman, jika imam tengah rukuk, kemudian tunggu sebentar kita yang datang lewat, xbolehlah nak baca surah An-Nas, angkat takbir terus rukuk la..

14) Hukum tutup aurat depan lelaki buta bukan mahram? = Apa itu aurat?kalau kita faham, maka tahulah jawapannya.. Aurat wajib ditutup daripada orang yang haram tengok, depan orang buta maka sunat tutup..Xharam buka aurat dalam masjid, jika xde orang tengok..tak wajib tutup aurat daripada Allah dan Malaikat kerana Allah dan Malaikat sentiasa bersama kita..

15) Tengah ambil wuduk di bahagian kepala, terkentut = ada perbezaan pendapat, sunat ulang semula, bagi meraikan pendapat yang kata wajib kena ulang semula..

16) Darah nifas = paling lama keluar, 60 hari..BUKANnya wajib pantang 60 hari..jika lebih daripada 60 hari, wajib kena solat, puasa..Bila raa tak ada dah, periksa kemaluan dengan cara : duduk cangkung, jirus air ke dalam kemaluan untuk mencici, biarkan kering sekejap, kemudian masukkan dengan kapas sedalam 1 jari.. Jika tengok bersih / xde darah dah, maka wajib solat walaupun ketika itu baru 34 hari..

17) Apa sebab Nabi Isa diturunkan semasa akhir zaman? = sebab Nabi Isa belum wafat.. Daripada hadis - hadis sahih menyatakan, Nabi Isa a.s. akan turun ke bumi untuk "mematahkan" salib yakni menceritakan bahawa Baginda tidak disalib dan memberitahu semua orang, yang ISLAM itu benar dan agama kristian dan yang lain tue adalah agama yang BATIL..

18) Hukum potong rambut di kedai perempuan kafir = ada yang kata haram, ada yang kata boleh..sebaiknya xpayahlah..kerana membantu ekonomi mereka dan juga qias kepada perempuan kafir boleh menzahirkan (cerita) tentang aurat kita kepada lelaki ajnabi / kafir..

19) Nasihat bagi orang yang BERCOUPLE?? = KAWIN lah!!! boleh mencintai perempuan dengan tujuan nak nikah dengannya..

20) Suami tiada dirumah, sepupu datang, boleh xbagi masuk = xboleh masuk, tanpa izin suami..

21) Mandi di tempat terbuka seperti air terjun, pantai, taman tema = xboleh.. solat dalam masjid pun xleh campur - campur, kena letak tabir / hijab..

22) Hukum cari nafkah atas tanah orang lain = haram..

23) Nak beli emas dengan cara menukar emas kita yang lama dengan emas yang hendak dibeli = kena sama timbangan & nilainya..

24) Macam mana pakai tudung yang betul = wajib tutup bentuk / bahagian dada..

25) Apakah hukum pelihara burung walit (layang2) di kawasan perumahan? = "boleh bela, yang tidak bersuara" =) jika mudarat kepada orang seperti bunyi - bunyi, maka haram.. dia masuk pitis, orang masuk kapas dalam telinga..

26) Orang yang buat tatu, kemudian bertaubat, wajib xbuang? = Jika orang kafir masuk Islam xwajib buang.. Jika orang Islam, bertaubat, wajib buang walaupun sakit..

27) Orang kirim beli barang, bagi duit dengan jumlah tertentu.. kita beli barang tue dapat diskaun / harga murah daripada sebenar & dapat hadiah.. Maka jadi milik siapa duit lebih & hadiah tu..boleh x kita ambil?? = Milik tuannya yang kirim itu..kerana kita tukang beli sahaja, melainkan tuannya halalkan..

28) Quran ada 7 lapis, betul ke? = xbetul.. yang betul ada 7 ayat & 7 bunyi..

29) Suami & isteri solat berjemaah, imam batal solat..siapa yang kena ganti?? = isteri teruskan solat seperti buasa & masih dapat pahala berjemaah..

30) Kongsi 1 bahagian dalam lembu korban.. 1 bahagian RM 350, kumpul dengan 7 orang (RM 50 seorang), boleh x?? = Boleh, tapi xsah.. 1 bahagian untuk 1 orang sahaja..

31) Ketika iktidal, hayun tangan = Jika berayun bukan dibuat2, xbatal..

32) Doktor yang buat pembedahan, terlepas solat zohor, boleh xjamak?? = Mazhab Syafie, bpleh qada jika selamatkan nyawa orang lain dengan syarat pembedahan yang besar dengan xde orang yang ganti..

Sabda Nabi : "SAMPAIKAN BAGI KU WALAU SATU AYAT"

Thursday, April 19, 2012

..::(´'`v´'`) `•.¸.•´ ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ .¸.•´¸.•*¨) (¸.•´ (¸.•´ ♥*DIALAH IKHWAN SHOLEH,PILIHANKU..*♥ ♫•*¨*•.¸ﷲ¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ**¤.¸¸♥ ::..



(¯`•♥•´¯)
Aku sedang menanti dia.
Seorang lelaki yang akan bergelar suami.
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLOH.
Seorang hambaNYA yang senantiasa Dzikrullah.


(¯`•♥•´¯)

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani.
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.
Dia senantiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.


(¯`•♥•´¯)

Dia selalu menghiburkan aku.
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan dzikir-dzikir munajat.
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya.


(¯`•♥•´¯)

Ketika aku terlena mimpi indah duniawi.
Dia menasehati ku supaya mengingati mati.
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.
Dia menyadarkan aku betapa lezatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.


(¯`•♥•´¯)

Dia memang senantiasa kelihatan penat.
Matanya penat karena membaca.
Suaranya lesu karena penat mengaji dan berzikir.
Badannya letih karena bermunajat di malam hari.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa mengingati mati.
Baginya,dunia ini adalah pentas lakon semata-mata.
Kita hambaNYA adalah pelakon.
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat.
Dia senantiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapak.
Dia juga senantiasa berbhakti untuk keluarga.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnahan.
Baginya fitnahan itu adlh sebuah cambukan.
Sajadah imannya yang terkoyak.
Lantaran mungkin karena kekhilafannya sendiri.
Dia senantiasa menjaga sholatnya karena itulah sejati diirinya.
Dia senantiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga.

(¯`•♥•´¯)

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.
Karena Islam adalah dien ALLOH yang sebenar-benarnya.
Dia senantiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga senantiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.
Kekasih sejatinya dan kekal abadi.
Yaitu ALLAHURABBI...


(¯`•♥•´¯)

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.
Karena, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.



Aku mencintai dia karena agamanya dan karena cintanya kepada Maha Pencipta.
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.



•*´`*•.(`'•.¸*♥✿♥* ¸.•'´) .•*´`*•Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.

•*´`*•..•*´`*•

.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤
Karena..DiaLah ikhwanSholeh Pilihanku ..
•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤


copy from http://sesucicintasufi.blogspot.com/2012/04/v-dialah-ikhwan-sholehpilihanku.html

Wednesday, April 18, 2012

..::Aurat Wanita (Beza Antara Jilbab, Khitmar Dan Hijab)::..


Apa itu aurat?

Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu'u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)". 

Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu : Jilbab (Al-Ahzab: 59), Hijab (Surah al-Nur) dan Khimar (Surah al-Nur: 31)

Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel  Sebarkan Cinta-Mu

"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat.

Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."

Qasdi          : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.

Ummu Qasdi : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.

Qasdi          : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia ajaran Islam atau hanya tradisi?

Ummu Qasdi : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga di minda anak-anak gadis yang lain.



Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.

Qasdi           : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.

Ummu Qasdi  : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.

Qasdi           : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.

Ummu Qasdi  :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.

Qasdi          : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?

Ummu Qasdi : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.

Qasdi         : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.

Ummu Qasdi : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.

Qasdi          : Sila jelaskan hujah awak.

Ummu Qasdi  : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,

"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin,'Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'"
Surah al-Ahzab, ayat 59.

Qasdi        : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.

Ummu Qasdi : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.

Qasdi        : Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?

Ummu Qasdi: Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan  persamaan secara mutlak.

Qasdi         :Kenapa?      

Ummu Qasdi :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?

Qasdi          : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Ummu Qasdi: Bijak!  

Qasdi         : Terus...     
               
Ummu Qasdi: Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas    melahirkan itu diletakkan kepada wanita.

Qasdi        : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak
contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?

Ummu Qasdi: Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?

Qasdi        : Berbalik pada soal hijab...

Ummu Qasdi: Hijab atau jilbab?

Qasdi          : Bukankah ia sama?

Ummu Qasdi : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.

Qasdi         :Jilbab dan khimar?

Ummu Qasdi: Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a'lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.

Qasdi         :Khimar pula?Ummu Qasdi   : Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur. Qasdi    : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat? Adakah sempurna auratnya ditutup?

Ummu Qasdi : Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.

Qasdi         : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.

Ummu Qasdi: Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan   bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.


- copy paste by Artikel iluvislam.com

Friday, April 6, 2012

BERKAHWIN ATAU TIDAK ... ANDA PERLU BACA INI.




Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
Okay, habis sudah hehe ♥ ^_^ ♥