Monday, March 26, 2012

..::Pengemis Buta & Rasulullah SAW::..

..::SEMOGA BERMANFAAT::..





Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila,
dia itu pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan
membawakan makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana," kata Aisyah RA.

Keesokkan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)".
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
"Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA,
dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, menfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia......"

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Lihat, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus peratus,
alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkan riwayat ini kepada seramai orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu.......
Sedekah jariah salah satu daripadanya yang paling mudah dilakukan,
PAHALAnya???
MasyaAllah...macam METER TAXI....JALAN TERUS...


Sedekh jariah = kebajikan yang tiada pengakhirannya.

1) Berikan Al-Quran pada seseorang dan setiap dibaca, anda akan mendapat ganjaran.
2) Sumbangan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat ganjaran.
3) Bantu pendidikan seorang anak.
4) Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap doa itu, anda akan mendapat ganjaran.
5) Bagi CD Quran @ Doa.
6) Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
7) Tanam sebuah pokok. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda akan mendapat ganjaran.
8) Sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan yang lain. Jika salah seorang daripada mereka menjalankan salah satu dari hal diatas, anda akan mendapat ganjaran sampai hari Qiamat.

Amin..

Thursday, March 22, 2012

..::7 Sunnah Nabi SAW::..

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Tujuh sunah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA : TAHAJJUD.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..

KEDUA : MEMBACA AL-QURAN  sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KETIGA : JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMA DI WAKTU SUBUH.
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT : JAGA SOLAT DHUHA.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : JAGA SEDEKAH SETIAP HARI.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : JAGA WUDHUK MENERUS.
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. kata Khalifah Ali Bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan di jaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".

KETUJUH : AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wednesday, February 1, 2012

..::TENSION!!!!!!::..

Subbahanallah lame nye xupdate blog.. maaf ye.. ;p hmm sebenarnye dah tulis dah..cuma tinggal nak touch up sikit2 jer.. tapi kali nie bukan sebab ape yang bakal ditulis dlm blog (yang tengah touch up 2) tp berkaitan dengan kawan seperjuangan..

Sepanjang 2 bulan sy "bercuti" & bagi tanggungjawab SU kepada hamba Allah yang sorang nie, tp xpandai nak jalankan tanggungjawab..kenape mesti ade sikap LEPAS TANGAN??? dah 2 bile sy pegang semula jawatan SU nie, boleh lak semua kerja yang sepatutnye dia buat, dia suruh sy yang buat.. "MUNGKIN SELEPAS NIE AKAK BOLEH TOLONG INFORM.." ishh xkuase..tolong siapkan kerja yang telah diamanahkan 2 sebaik mungkin ok..

Dah 2 sekarang nie nk letak jawatan sepenuh nye..cuma nak jadi AHLI BIASE..sebabnye dah ramai orang xsuka die.. (-_-") hmm bukan nye orang xsuke die, tp care die bekerja 2..umo masih muda, tp mengarah semua orang nk kene ikut cakap die..xsalah nak bersuara, tp sekurang2 nye dengar la SUARA MAJORITI..nie nak kne ikut PERINTAH die sorang jer..semua ape yang disuruh berunsurkan ARAHAN..tolong la..

Hmm bau2 nie ade buat kem, agak2 la kalau nak handle pun..tolong la dengar nasihat orang DEWASA sikit.. cube pkey kalau la umo kte baru masuk 20-an, tp ade sorang nie dah 38 tahun.. agak2 korangla ape korang akan panggil kat yang umo 38 tahun nie?? AKAK @ ACIK?? mesti acik kan??kalau 1 office boleh lanak panggil akak.. tp nie xde kene mengena langsung ngan office, so panggil la acik..xde rase hormat langsung..Ingat la "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

Dah la malas nak cakap banyak.. Kalau "die" bace artikal nie harap2 dia akan sedar atas kesilapan die..tp kalau xbace harap2 Allah bukak kan pintu hati die atas kesilapan die..dulu dia xmacam nie, semua orang suka die..tp xtau la mane silapnye sampaikan die berubah..sampaikan kes masuk 'U' pun jadi isu..maaf akak dah tau sal kes 2..

Ya Allah ampunkan dosa2 hamba2MU..Amin..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..

* memang ALLAH senjaga menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap pertolongan ALLAH..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan..

Tuesday, November 22, 2011

Tips Nikah Kawin..


Tips yang menarik untuk dikongsikan bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON.
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami tapi carilah ayah 
    bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR.
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang
    tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH.
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN.
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk
    mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-
    nyiakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA.
     Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
    Sedarilah bahawa jalan akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang
    penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONONI KELUARGA MERUNDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
      Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

Thursday, September 8, 2011

..::Mampukah 10 orang anak menjaga seorang ibu??::..

Hmm kali nie nk post berkaitan "IBU".. walaupun bukan hari ibu..tp xsalah rasanye ingat mengingati kan..
















Jadi...Hargailah ibu kita sebelum ianya pergi tinggalkan kita..

Sunday, August 14, 2011

Hakikat Pernikahan..

Lama jugak xpost something kan..huhuu maaf ye sahabat2 maya semua..hmm kali nie terasa nak share some thing la..terbaca benda nie kat internat..so tu yang rasa nak share..harap bermanfaat..Insya Allah..


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?? cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidak memuaskan.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI/PERGI.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlikNYA. Dan ALLAH mecintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.
Wallahualam..

Tuesday, August 9, 2011

~ISTIKHARAH CINTA~

"Cinta adalah kekuatan yang mampu 
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta.."

"Ya Allah..
Jika aku ditakdirkan jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang..
yang melabuhkan cintanya padaMu..
Amin.."

"Sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberikan sesuatu
...dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa
...dia bersabar;

yang menyenangkan hatimu
...bila kamu melihatnya
dan mentaatimu
...bila kamu menyuruhnya"
(maksud hadith)

"Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.."

"Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.."

"dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta"

kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta...

"Sesungguhnya...
aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
dan jikalau agama itu hilang daripadamu..
maka hilanglah CINTAku padamu.."