Thursday, August 30, 2012

..:: Jawatan Kosong ::..

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
(´'`v´'`) `•.¸.•´ ASSALAMUALAIKUM `•.¸.•´ (´'`v´'`)

Hmm baru jer kejap tadi second bos bagitau,

"kak ani, nadiah, kalau la ada kawan2 @ saudara mara yang nak keje........tapi nak 2 orang jer la..yang ada skarang nie semuanye atas2.."

rupanye kat pernec nak cari tester...

kretiria yang diperlukan MEMPUNYAI LESEN & KENDERAAN SENDIRI, BOLEH KERJA LUAR termasuk sabah @ sarawak, BOLEH KERJA LEBIH MASA (overtime) & seumpamanya...

tetibe teringat kat seorang kawan, nie yang dok mencari kerja sekarang nie..

check hp tuk cari no tel dia, tapi sayang, no dia xde dalam simpanan daa...

so buat sesape yang nak & sanggup jadi tester, di persilakan hantar resume kat PERNEC ye..

TARIKH TUTUP??? xpasti lak..mungkin sampai dapat tester kot...

Wassalam..

#CEPAT2, HANYA TERHAD KEPADA 2 ORANG SAHAJA.....

Wednesday, August 8, 2012

~•.*♥~ BiSKuT RaYa 2012 ~•.*♥~

•*¨*•♫♥♫ Assalamualaikum ♫♥♫•*¨*•

3 Hari...SABTU, AHAD & ISNIN.. sungguh memenatkan..
Rasa macam nak tercabut jer kaki nie..
tp tanggungjawab mesti perlu dilaksanakan..

~•.*♥~ SABTU ~•.*♥~ (04 Ogos 2012) ~•.*♥~
Pagi nie cam biasa wat biskut..
Hari nie buat biskut BREAD CRUMBS & TART NENAS..



Tengah2 syok buat biskut, ade lak Hamba Allah nie datang kedai nak borong biskut..
Rezeki - rezeki gak..banyak 2..
ade 6 jenis biskut dia amik..

COCONUT ROLL ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

MAZOLA KACANG ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

BREAD CRUMBS ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

NESTUM COOKIES ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

COKLAT CHIP ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

CRUNCHY OAT ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

Dia nak borong banyak sangat2..
Tapi masa 2 dia just amik biskut2 nie jer..
Sebab biskut2 nie jer yang muat dalam bekas dia..

Katanya dia nak buat hamper untuk bagi pada staff Maybank..

Dah 2 rasanye belum sampai umah lagi, dia dah call nak minta tambah buatkan coconut roll & bread crumbs sebanyak mungkin..
esok pagi2 katanye dia nak ambil..
Ya Allah biar betul???

~•.*♥~ AHAD ~•.*♥~ (05 Ogos 2012) ~•.*♥~
Hari nie cuma buat COCONUT ROLL & BREAD CRUMBS..
banyak gak la..
COCONUT ROLL dapat 3024 biji..
& kalau ikut bekas dia, dapat 112 bekas..
& BREAD CRUMBS dapat 1620 biji bersamaan 60 bekas..
Banyak nye..
Balik umah terus xlarat..lemah sangat2 badan nie..
nie dah berkira2 hari isnin malas nak buat biskut, coz terlalu penat..
tp gagahkan jugak g kedai..

~•.*♥~ ISNIN ~•.*♥~ (06 Ogos 2012) ~•.*♥~
ﷲ♥.♥ﷲ SEMPERNA NUZUL AL QURAN ﷲ♥.♥ﷲ
Hari nie lak nak back up balik biskut2 yang dah habis..
so keje wat lebis sikit la hari nie..
biskut pilihan hari nie ialah CRUNCHY OAT, COKLAT CHIP, NESTUM COOKIES & COCONUT ROLL..
Penatnye jangan cakap la..
Harap2 ape yang dilakukan nie berbaloi..Amin..

Thursday, August 2, 2012

ღ☆ღ Maksud yang tersirat di sebalik tirai pembukaan Olimpik ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


483262_439074696115328_1906539397_n.jpg


Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya.. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini.. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason.. Betulkah sampai begitu sekali?? Olimpik dan Yahudi??

Sebelum ini Iran mengan.....cam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata "ZION", yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem..

Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden Illuminati / freemason di kesan digunakan secara meluas..

Rupanya pokok itulah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !!!

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya.. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok.. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian itu. Belum termasuk logo mata satu lagi..

Faham - fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye.. Musuh Islam memang licik dan halus.. Lindungi kami Ya Allah.. Amin..

Pada ketika ini, orang - orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi s.a.w.. Keegoan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa..

Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok.. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak - puak Yahudi ini tinggal..

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ.. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N.. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ = ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia..

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dengan berkat Bulan Ramadhan ini..

Wallahualam..


599399_439070269449104_121473259_n.jpg

(KEBETULAN @ SENGAJA)
HARP SHAREEEE DI WALL MASING - MASING..
PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S.!!
.......
LIHAT GAMBAR INI... INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012...!!!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA - MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU..

LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN - LAHAN..

MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH NABI MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH - OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT.. KITA PERNAH DENGAR CERITA - CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..

NABI MUSA A.S. JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..

NABI MUSA A.S. JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKNATULLAH..DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENEGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA..

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..

MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S. SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..

DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA..

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

BUKANKAH KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER?????

WALLAHUALAM.. SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI - BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU..

CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA..

INSYA ALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.. SEBARKAN KEPADA KAWAN - KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA..

WALLAHUALAM.. ALLAH MAHA BESAR...!!!

LINK DIBAWAH INI ADALAH AGENDA OLIMPIK 2012.
SEMOGA MALAPETAKA TIDAK AKAN BERLAKU PADA TEMASYA BESAR INI.. KERANA MEREKA PASTINYA AKAN MELAKUKAN UPACARA PEMBUNUHAN BESAR - BESARAN UNTUK MELAKSANAKAN PERANG TERHADAP ISLAM..

314015_486392388056298_71283327_n.jpg

Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru - baru ini?? Agak konfius kenapa tiba - tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu..

Rupanya pokok itulah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w..

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya.. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok.. Dan banyak ......... lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian itu.. Belum termasuk logo mata satu lagi..

Faham - fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye.. Musuh Islam memang licik dan halus.. Lindungi kali ya Allah.. Amin..

SEBARKAN LA.. COPY PASTE..

Wednesday, August 1, 2012

ღ☆ღ Insya Allah..tak lama lagi... Amin ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Subahanallah.. Bila la akan sampai sini...
Jom tengok lagi gambar2 yang menarik..
Mudah2an kita sama2 akan sampai sini..
Amin..




















Ya Allah, Permudahkan la urusan HambaMu ini untuk sampai di tempat suci ini Ya Allah..
Amin..

Monday, July 30, 2012

..::PeNaT TaPi BerBaLoi::.. ღ☆ღ CePaT DaPatKaN ღ☆ღ


ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Subahanallah..2 hari sungguh memenatkan..
bukan nye penat dok rumah..
tapi penat buat biskut..

hari SABTU, buat 2 jenis biskut..
buat biskut BIJIRIN & biskut MAKMOR BIJIAN HITAM..
   
Biskut BIJIRIN
Biskut BIJIAN HITAM
Untuk biskut BIJIRIN Alhamdulillah dapat 29 BALANG..(Rezeki Ramadhan)
& tuk Biskut BIJIAN HITAM dapat 10 BALANG..(Alhamdulillah)

manakala hari AHAD, pun sama buat 2 jenis biskut..
Biskut COKLAT CHIP & Biskut SEMPRIT OREN..

COKLAT CHIP
SEMPRIT OREN

 Untuk COKLAT CHIP dapat 21 BALANG & SEMPRIT OREN dapat 12 BALANG..
Alhamdulillah tuk 2 hari dapat siapkan 72 BALANG..

Mudah-mudahan hujung minggu nie dapat la siapkan biskut lain pulak..Amin..
Bagi sesiapa yang nak buat tempahan masih boleh lagi..
1 balang cuma RM22/# sahaja..
Sila rujuk di sini ye..

Wednesday, July 25, 2012

..::PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA!!!::..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .


Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah


Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan



Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.


 Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.


 Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.


Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan...

Tuesday, July 24, 2012

..:: HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS ::..

Assalamualaikum wbt
Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Jangan marah, jangan upset.. Jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN.. Jadi selalu-selalulah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecil2 lagi .. Wallahualam..

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI :

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam KEREDHAAN ALLAH.
Hidup dalam KEMURKAAN ALLAH.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam SYURGA.
Kekal di dalam NERAKA.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman.. RUKUN IMAN itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia..

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.. Tidak terduga oleh fikiran kita dan mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncanya adalah SOLAT.. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempuanyai boarding pass..

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.. apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian..

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda @ suratnya masuk tong sampah..

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa, di dunia juga di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

::Kulu Am Wa Antum Bikhair::
(Semoga Kamu Semua Sejahtera)