Showing posts with label fiqah wanita. Show all posts
Showing posts with label fiqah wanita. Show all posts

Monday, February 3, 2014

♥(¯`•.¸ღ Ciri - ciri Wanita Impian Lelaki ღ¸.•´¯)♥


ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ



Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman - taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela..

Berikut merupakan antara ciri - ciri WANITA IDAMAN LELAKI :

~•.*♥~ BERPEGANG KEPADA AGAMA
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.. Batas - batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.. Memang beruntung mana - mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini..

~•.*♥~ KECANTIKAN DALAMAN
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakan tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.. Kalau cantik, itu dikira sebagai BONUS..

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata - mata kerana mahukan harta dan kekayaan..

~•.*♥~ MANJA
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung.. Namun begitu, sifat manja dan keanak - anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang..

~•.*♥~ PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya.. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga..


~•.*♥~ BERAKHLAK MULIA
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami..

~•.*♥~ TIDAK MEMPAMERKAN KESEKSIAN
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikan isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah - olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki..

~•.*♥~ TIDAK CEREWET
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet.. Mengapa pula?? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya..  Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil..

~•.*♥~ MEMAHAMI LELAKI
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat.. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan..

~•.*♥~ SEJUK MATA MEMANDANG
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.. Ciri - ciri WANITA SEJUK MATA MEMANDANG seperti di bawah ini :

•*¨*•♫♥♫ Bersopan santun
•*¨*•♫♥♫ Senantiasa memaniskan wajah
•*¨*•♫♥♫ Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
•*¨*•♫♥♫ Menutup aurat
•*¨*•♫♥♫ Ramah dan mesra
•*¨*•♫♥♫ Tidak terlalu cemburu
•*¨*•♫♥♫ Menghormati orang lain


Ketinggian darjat seorang wanita jelas tergambar dalam lirik lagu bertajuk
IMPIAN KASIH nyanyian kumpulan IN-TEAM..

"Wanita Hiasan Dunia,
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,
Yang Akan Membahagiakan,
Syurga Dalam Rumah Tangga.."


** Semoga kita tergolong dalam kalangan wanita yang terpelihara dari segi
zahiriah dan rohaniah..
Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, November 22, 2012

..::Kenapa Pilih Yang Nie??::..

`•.¸.•´  بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم  `•.¸.•´
&
`•.¸.•´ Assalamualaikum `•.¸.•´


Alhamdulillah, bersua kembali dengan Izin-Nya..Amin..Terima Kasih Ya Allah..

Hmm post kali nie berkaitan AURAT.. Sejauh mana kita pelihara aurat kita ye?? Khususnya seseorang yang bergelar perempuan / wanita / muslimah??? Boleh juga ana katakan, ramai yang masih xtau cara2 yang betul menutup aurat.. Bagi segelintir umat manusia, just bertudung dah dikira menutup aurat..ye ker???

Rasanya sebelum2 nie ada dah ana post berkaitan AURAT nie..jom terjah sini dulu..

Macam mana?? Faham?? Jadi ape tunggu lagi???

Tapikan, rasenye kalau kat Malaysia, siapa yang pakai jubah, tp bertudung pendek memang pelik.. bukan orang lain la, ana sendiri kalau pakai jubah & bertudung pendek, Ya Allah malu giler..boleh lak main tarik2 tudung tuk labuhkan..Segan xtau nak kata.. Tp bile ana tengok orang buat cam 2 lak ana akan terdetik kat dalam hati nie "Kenape dia pakai tudung pendek?? Xsesuai nye", "Mencemarkan orang yang pakai jubah", "orang berjubah, dia pun nak berjubah..tapi pakai tudung pendek"..

So kesimpulan nye buat mereka2 yang mahu berjubah, xsalah..tp please la labuhkan tudung anda sekalian.. make sure tudung 2 menutupi dada..ulang skali lagi MENUTUPI DADA.. lagipun dalam ISLAM kan ciri2 menutup aurat, MELABUHKAN TUDUNG MELEPASI PARAS DADA.. jadi xsalah rasenye.. tp jgn lak pakai tudung yang jenis boleh nampak sipi2.. rasenye kalian sume pahamkan???

Jom ikuti mutiara kata berikut :

"Tudung mengikut syariat tetap WAJIB..Jalankan walaupun ada yang terasa payah..Kerana PERCAYALAH tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor..Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya.. Believe me!"

"Wanita yang menutup aurat kerana ALLAH, pakai baju tebal dan besar macam mana sekalipun, pasti tidak akan terasa panas..Itulah tandanya kasih ALLAH pada wanita.."

KESIMPULANNYA :

"Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik!! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu.. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik.. That's the best.. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it's alright dear.. Kita semua sama sahaja.. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza.. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.."

Thursday, April 19, 2012

..::(´'`v´'`) `•.¸.•´ ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ .¸.•´¸.•*¨) (¸.•´ (¸.•´ ♥*DIALAH IKHWAN SHOLEH,PILIHANKU..*♥ ♫•*¨*•.¸ﷲ¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ**¤.¸¸♥ ::..



(¯`•♥•´¯)
Aku sedang menanti dia.
Seorang lelaki yang akan bergelar suami.
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLOH.
Seorang hambaNYA yang senantiasa Dzikrullah.


(¯`•♥•´¯)

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani.
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.
Dia senantiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.


(¯`•♥•´¯)

Dia selalu menghiburkan aku.
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan dzikir-dzikir munajat.
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya.


(¯`•♥•´¯)

Ketika aku terlena mimpi indah duniawi.
Dia menasehati ku supaya mengingati mati.
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.
Dia menyadarkan aku betapa lezatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.


(¯`•♥•´¯)

Dia memang senantiasa kelihatan penat.
Matanya penat karena membaca.
Suaranya lesu karena penat mengaji dan berzikir.
Badannya letih karena bermunajat di malam hari.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa mengingati mati.
Baginya,dunia ini adalah pentas lakon semata-mata.
Kita hambaNYA adalah pelakon.
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat.
Dia senantiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapak.
Dia juga senantiasa berbhakti untuk keluarga.


(¯`•♥•´¯)

Dia senantiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnahan.
Baginya fitnahan itu adlh sebuah cambukan.
Sajadah imannya yang terkoyak.
Lantaran mungkin karena kekhilafannya sendiri.
Dia senantiasa menjaga sholatnya karena itulah sejati diirinya.
Dia senantiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga.

(¯`•♥•´¯)

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.
Karena Islam adalah dien ALLOH yang sebenar-benarnya.
Dia senantiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga senantiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.
Kekasih sejatinya dan kekal abadi.
Yaitu ALLAHURABBI...


(¯`•♥•´¯)

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.
Karena, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.



Aku mencintai dia karena agamanya dan karena cintanya kepada Maha Pencipta.
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.



•*´`*•.(`'•.¸*♥✿♥* ¸.•'´) .•*´`*•Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.

•*´`*•..•*´`*•

.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤
Karena..DiaLah ikhwanSholeh Pilihanku ..
•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤


copy from http://sesucicintasufi.blogspot.com/2012/04/v-dialah-ikhwan-sholehpilihanku.html

Wednesday, December 1, 2010

Busana Patuh Syariah..


Menutup aurat sangat sinonim dengan muslimah. Namun mungkin tidak semua Muslimah menutup aurat. Yalah, automatiklahir sebagai orang Islam belum menjamin apa – apa. Apatah lagi penghayatan syariat. Namun jika wanita itu Mukminah, mereka mesti menutup aurat kerana itu sdentiti yang sepatutnya mereka bangga – banggakan.
                Anjuran menutup aurat ini diperintahkan dalam al-Quran al-Karim dalam ayat 31 surah al-Nur, mafhum firman Allah s.w.t.: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera – putera mereka, atau putera – putera suami mereka, atau saudara – saudara laki – laki mereka, atau putera – putera saudara perempuan mereka, atau wanita – wanita Islam, atau budak – budak yang mereka miliki, atau budak – budak laki – laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak – anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakunya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
                Menutup aurat itu tidaklah susah jika rasa malu telah menghuni hati Muslimah. Namun jika berbagai alasan mengiringi seruan menutup aurat, maka mulalah rasa berat. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan Muslimah yang lain. Cuba kita menyemak kembali pakaian yang tersusun rapi di dalam almari pakaian. Adakah semua pakaian yang kita pakai di luar rumah dan di hadapan mahram itu patuh syariah?


PANDUAN MUDAH BUSANA PATUH SYARIAH.

1.        Tidak nipis.
Pakaian itu perlu diperbuat daripada kain yang tebal atau tidak nipis. Yang penting kain tersebut mampu melindungi tubuh seseorang. Selain itu warna kain mampu melindungi warna kulit sama ada putih melepak, kuning langsat atau sawo matang.



2.        Menutup seluruh bahagian badan dikira aurat.
        Berapa helai pun pakaian yang disarungkan ke tubuh kita, pastikan seluruh badan kecuali wajah dan tapak             
        tangan terlindung. Jangan rasa bangga mendedahkan aurat. Sebaliknya kasihanilah kulit anda kerana sebagai
        wanita yang memiliki kulit semula jadi lembut dan gebu perlu dipelihara. Kulit seorang wanita bukan kulit buaya
        yang dengan selamba boleh berjemur di bawah terik matahari.



1.        Tidak memperlihatkan bentuk tubuh.
Saiz ukuran pakaian hendaklah longgar supaya dapat memberi keselesaan kepada tubuh kita. Apalah ertinya berpakaian jika pakaian kita yang ketat seperti membungkus tubuh lalu bentuk tubuh dapat dilihat dengan jelas. Jangan pula memakai pakaian yang jarang tetapi memakai inner yang ketat hingga menampak bentuk badan.

2.        Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.” (Riwayat al-Bukhari no.5547)

3.        Tidak menyerupai pakaian wanita non-Muslim.

4.        Bukan pakaian syuhrah.
Yakni mempunyai unsur – unsur yang membangga – bangga dan menunjuk – nunjuk.
               
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai anak Adam, sesunnguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda – tanda kekuasaan Allah, mudah – mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A`raf 7:26) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian taqwa di sini ialah pakaian yang memenuhi ciri – ciri bertaqwa kepada Allah, patuh kepada larangan dan ancaman Allah.
                Akhir kalam, ringankanlah hati dan anggota badan untuk menuruti dan mematuhi suruhan Islam agar wanita Muslimah sentiasa memelihara aurat daripada ancaman dosa dan maksiat. Islam perlu diambil secara menyeluruh, untuk mendapatkan kebaikannya yang syumul.
                Persepsi sebahagian besar umat Islam, menutup aurat itu hanya dengan menutup kepala sahaja. Selain itu, perkara yang sering diabaikan ialah kaki. Ramai wanita menunggang basikal atau motosikal, terselak betis dan kaki, pada hal ianya juga aurat. Jadi, seeloknya memakai seluar panjang sebagai pakaian dalam dan juga bersarung kaki. Inilah kesempurnaan penutupan aurat wanita.
                Bagi wanita Muslimah, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. ini saat sebelum keluar rumah untuk apa – apa urusan sekalipun.