Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

"Mak dah penat sepanjang hari kerja......"

`•.¸.•´  بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم  `•.¸.•´
&
`•.¸.•´ Assalamualaikum `•.¸.•´

Alkisah sebuah hidangan isteri...

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang enginner.. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah..

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi.. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan..
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan.. Ketika itu saya mencuba hidangan mak.. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit..

Namun saya diam..

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak.. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini..

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya..

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya.. Tapi ayah menjawab, "Sangat sedap sayang.. Abang suka semua hidangan ini."

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan..

"Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja.. Mak dah penat.. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan," kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak..

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya...

"Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?"

"Anakku.. Itu tak penting.. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan.. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak," jawab mak..

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini..

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga - dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu..

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan.. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia..

Wahai anakku,
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan.. Jangan hidup dalam kekesalan.. Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya.. Mereka lakukan dengan kasih sayang, maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik.. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik..

FB : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man



Friday, July 19, 2013

¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ COKLAT ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸



`•.¸.•´  بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم  `•.¸.•´
&
`•.¸.•´ Assalamualaikum `•.¸.•´


Lagi produck baru masuk pasaran.. :) Alhamdulillah..Nak tau apa dia???

Taraaa.....

COKLAT ¸.•✿´¯)

Pelbagai jenis coklat yang didatangkan khas dari negara Turki..Peminat coklat pasti akan menyukainya..
& yang pasti ianya HALAL... :)

ღ☆ღ COKLAT TURKI ღ☆ღ



COKLAT TURKI
250gm ~ RM10
500gm ~ RM17
1kg - 3kg ~ RM30 per kg
4kg - 7kg ~ RM27 per kg
8kg ke atas ~ RM25 per kg


ღ☆ღ Chocodate dalam bentuk gift bag ღ☆ღ




Kalau sebelum nie didatangkan dalam bentuk pouch (gambarnye seperti kat bawah ye) dengan berat 90gm..Tapi kali nie ianya dalam bentuk gift bag dengan berat 180gm..

(packing lama)

Isi kandungannya dalam 20 biji +.. Rasa tetap sama cuma packaginng jer yang dah tukar.. (BERTUKAR....)

Tapi yang nie dijual dalam bentuk carton yer.. Untuk secarton akan dimuatkan 9 gift bag didalamnya dengan harga borong RM160...

ღ☆ღ Nougat Pistachios + Almond (soft) ღ☆ღ

Apa bendanya Nougat Pistachios + Almond soft nie yer???Ye itulah soalan yang bermain di fikiran ana mula2 dulu..Tapi bila dah tengok, dah makan dah rasa, boleh tahan jugak..dia kenyal2 macam chewy..lagipun nougat pistachios + almond nie soft, milky, chewy & semestinya yummyyy..Makan 1 pasti nak lagi..

Kalau nak rasa kenalah order yer.. :)




Nougat Pistachios + Almond (soft)
250gm ~ RM18 (20biji -+)
500gm ~ RM34 (40biji -+)
1kg - 3kg ~ RM62 per kg (80biji -+ per kg)
4kg - 6kg ~ RM57 per kg
7kg ke atas ~ RM55

Dan untuk pertama kalinya Ana akan bagitau harganya disini.. :) 
Tapi harga yeng tertera belum masuk harga postage lagi yer..
Kos postage ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.. :)



Bagi mereka yang berkenan boleh la order sekarang yer..& kalau nak tanya apa2 pun boleh jugak..Insya Allah Ana sedia membantu..

Boleh la tanya @ order kat sini yer..
deeya_capr87@yahoo.com
019-2028966 (whatsapp, wechat & viber)

Insya Allah dijamin sedap punya..xcaya jom cuba sekali..kalau sedap, apa lagi boleh la sentiasa order..buat stok gitu.. :)




Thursday, November 8, 2012

..:: BAHAGIA & BAHAGIA ::..

:: Assalamualaikum ::

Hmm tajuk dah bahagia..sure sekarang nie ngah bahagia kan??
Bahagia sebab ape ye??
Macam2..Antaranya??...................

Dua hari yang lepas, zauj ada bawak balik VOUCHER TESCO RM150..
Wah shooping sakan la pas nie..hahaaaa
Tp last month, abag ipar ada bagi voucher bonia..mana ana letak ye???aduh..
abis selongkar satu rumah, tapi xjumpe2 gak..
Ya Allah permudahkan la..dah la tarikh luput nye hujung tahun nie..
Lagi beberapa hari jer..huhuuu

Bahagia yang kedua lak, dah nak hampir besday zauj..
Lebih kurang 3minggu jer lagi tinggal..
Macam mana nie??Nak bagi hadiah apa??nak sambut kat mana??
Ya Allah satu apa pun xpikey lagi..
Tapi xpe..tu semua perkara kecik jer..
Insya Allah akan hadapi dengan tenang..& akan ada kejutan buat zauj..

Bahagia ketiga pulak.....
Bahagia tengok kawan2 dah nak naik pelamin semua nya..
Xak lama lagi bertambah2 la Umat Nabi Muhammad kat bumi Allah ini..
Bahagia nya..
Ya Allah permudahkan lah urusan hamba2Mu ini..
& Kau berilah mereka ini rezeki anak yang melimpah luas..
& anak2 yang bakal lahir, adalah yang akan diasuh & dididik dengan ajaranMu Ya Allah..

Bahagia keempat????????
Terima kasih Ya Allah...
hampir setahun dah ana melangkah ke alam rumah tangga nie..
& ana jugak hampir melangkah ke satu alam yang cukup bahagia..
ape dia???
BIARLAH RAHSIA..
Insya Allah sampai masanya ana akan bagitau.. :)

Hmm ok2 dah jom kita cari bahan2 tuk buat kad ucapan besday yang paling special buat zauj tercinta..
Harap2 apa yang akan diusahakan nie akan membawa hasil..Aamiin..


Thursday, September 20, 2012

(¯´✿•.¸ HoNeYmOoN ¸.•✿´¯)


ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Bertemu kembali... Maaf ye sahabat2 sekalian.. Lame giter xupdate nie.. busy la..bukan sengaja pun...huhuuu

Ape2 pun just nak bagitau, sebenarnye sy teringin nak pergi ke 1 tempat nie...

Suasana yang aman damai, tenang, sejuk & paling penting boleh rileks kan fikiran...

Sape tau kat mane???

******************************************************************************************************************
Hmm dalam 2-3 minggu nie, ade gak suggest daripada kawan2..

PULAU INDAH, PULAU PANGKOR, PULAU TIOMAN & SABAH (xingat lak ade name tempat 2..)

Tapi hati nie memang ngah menari2 nak g tempat2 yang tenang..

Bak kate pepatah SEJUK MATA MEMANDANG...cewah...

****************************************************************************************************************** Jom tengok antara gambar2 yang menarik..

Nie antara tempat2 yang bakal diterjah nanti..

Insya Allah..











******************************************************************************************************************  Amacam????

Lawa kan??? Terpikat gitu...

xsilap semua gambar2 nie di sabah..

Tolong2 sape tau ape name tempat nie????

Insya Allah semoga dapat pergi sini satu hari nanti.. Aamiin...


Sehingga Berjumpa Lagi...

Wassalam....


Thursday, April 26, 2012




Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut:
Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.


Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.

Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.

Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya  potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib.

Dasar dan Hukum Pinangan
Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya." (Riwayat Nasa'i dan Tirmizi).


Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua'ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu.
Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah  mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).


Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa'ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874,:-

Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya:

" Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya." Maka Saidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang." Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?." Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan."

copy paste iluvislam.com