Wednesday, August 1, 2012

ღ☆ღ Insya Allah..tak lama lagi... Amin ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Subahanallah.. Bila la akan sampai sini...
Jom tengok lagi gambar2 yang menarik..
Mudah2an kita sama2 akan sampai sini..
Amin..




















Ya Allah, Permudahkan la urusan HambaMu ini untuk sampai di tempat suci ini Ya Allah..
Amin..

Monday, July 30, 2012

..::PeNaT TaPi BerBaLoi::.. ღ☆ღ CePaT DaPatKaN ღ☆ღ


ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Subahanallah..2 hari sungguh memenatkan..
bukan nye penat dok rumah..
tapi penat buat biskut..

hari SABTU, buat 2 jenis biskut..
buat biskut BIJIRIN & biskut MAKMOR BIJIAN HITAM..
   
Biskut BIJIRIN
Biskut BIJIAN HITAM
Untuk biskut BIJIRIN Alhamdulillah dapat 29 BALANG..(Rezeki Ramadhan)
& tuk Biskut BIJIAN HITAM dapat 10 BALANG..(Alhamdulillah)

manakala hari AHAD, pun sama buat 2 jenis biskut..
Biskut COKLAT CHIP & Biskut SEMPRIT OREN..

COKLAT CHIP
SEMPRIT OREN

 Untuk COKLAT CHIP dapat 21 BALANG & SEMPRIT OREN dapat 12 BALANG..
Alhamdulillah tuk 2 hari dapat siapkan 72 BALANG..

Mudah-mudahan hujung minggu nie dapat la siapkan biskut lain pulak..Amin..
Bagi sesiapa yang nak buat tempahan masih boleh lagi..
1 balang cuma RM22/# sahaja..
Sila rujuk di sini ye..

Wednesday, July 25, 2012

..::PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA!!!::..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .


Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah


Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan



Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.


 Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.


 Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.


Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan...

Tuesday, July 24, 2012

..:: HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS ::..

Assalamualaikum wbt
Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Jangan marah, jangan upset.. Jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN.. Jadi selalu-selalulah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecil2 lagi .. Wallahualam..

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI :

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam KEREDHAAN ALLAH.
Hidup dalam KEMURKAAN ALLAH.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam SYURGA.
Kekal di dalam NERAKA.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman.. RUKUN IMAN itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia..

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.. Tidak terduga oleh fikiran kita dan mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncanya adalah SOLAT.. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempuanyai boarding pass..

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.. apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian..

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda @ suratnya masuk tong sampah..

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa, di dunia juga di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

::Kulu Am Wa Antum Bikhair::
(Semoga Kamu Semua Sejahtera)

Friday, July 20, 2012

..::Ramadhan Kembali Lagi::..

Beberapa jam lagi kita akan memasuki Ramadhan, semoga kita dapat masuk ke dalamnya sehingga berakhirnya Ramadhan dengan sempurna. Semoga persiapan yang kita buat sebelum ini dapat memberi ruang yang baik untuk kita menunaikan pausa dengan sempurna.

Sebelum itu saya mengambil kesepatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua umat Islam khususnya yang menziarahi blog saya dan yang lain juga.

Sesungguhnya saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada berdosa dan bersalah. Jadi, kemaafan kalian boleh memudahkan saya melaksanakan puasa dengan yang terbaik.

Saya bimbang, tanpa kemaafan, saya terus berdosa di sisi Allah maka dengan ini puasa yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Nanti banyak tawaran Allah dengan Ramadan tidak boleh dikecapi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” : خُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَّبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . قَالَ : قَالَ رَبُّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ : عَبْدِي تَرَكَ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ، فَالصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ “. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ . أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi SAW dia bersabda: “Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bauan miski (kasturi).” Bersabda lagi, Allah berfirman: “Hambaku meninggalkan keinginannya, makan dan minumnya demi mendapat keredhaanku, maka puasa itu untukku dan Aku akan menilai berdasarkan puasa itu.” (Riwayat Ahmad – Sahih)

Marilah kita sama-sama berpuasa dan melaksanakan ibadah yang diperuntukkan di dalamnya.
Salam Ramadhan Karim.

"Benih Taqwa Disemai, Ramadhan Pasti Bernilai"

Monday, July 16, 2012

..::BISKUT RAYA 2012::..

Assalamualaikum..

Tahun nie nak cube jual kuih raya pulak la..
agak2 ade sambutan x??
ape2 pun jom terjah antara2 kuih yang dijual..
memikat selera gitu..
harga setiap 1 balang RM22/#
kuantiti biskut 50keping ke atas (penuh satu balang)
tapi kalau ada yang nak beli >5 balang, harganya boleh dirunding..
Insya Allah.. =)





























amacam???
memikat selera gitu..
sape nak order boleh tinggalkan order list anda di deeya_capr87@yahoo.com
butiran yang diperlukan : Nama, Alamat, No Phone, Jenis Biskut dan Kuantiti..

*PERINGATAN....
sebelum order sila nyatakan KAWASAN TEMPAT TINGGAL ANDA ye..


Thursday, April 26, 2012




Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut:
Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.


Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.

Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.

Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya  potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib.

Dasar dan Hukum Pinangan
Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya." (Riwayat Nasa'i dan Tirmizi).


Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua'ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu.
Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah  mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).


Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa'ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874,:-

Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya:

" Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya." Maka Saidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang." Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?." Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan."

copy paste iluvislam.com