ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman - taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela..
Berikut merupakan antara ciri - ciri WANITA IDAMAN LELAKI :
~•.*♥~ BERPEGANG KEPADA AGAMA
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.. Batas - batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.. Memang beruntung mana - mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini..
~•.*♥~ KECANTIKAN DALAMAN
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakan tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.. Kalau cantik, itu dikira sebagai BONUS..
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata - mata kerana mahukan harta dan kekayaan..
~•.*♥~ MANJA
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung.. Namun begitu, sifat manja dan keanak - anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang..
~•.*♥~ PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya.. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga..
~•.*♥~ BERAKHLAK MULIA
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami..
~•.*♥~ TIDAK MEMPAMERKAN KESEKSIAN
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikan isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah - olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki..
~•.*♥~ TIDAK CEREWET
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet.. Mengapa pula?? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil..
~•.*♥~ MEMAHAMI LELAKI
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat.. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan..
~•.*♥~ SEJUK MATA MEMANDANG
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.. Ciri - ciri WANITA SEJUK MATA MEMANDANG seperti di bawah ini :
•*¨*•♫♥♫ Bersopan santun
•*¨*•♫♥♫ Senantiasa memaniskan wajah
•*¨*•♫♥♫ Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
•*¨*•♫♥♫ Menutup aurat
•*¨*•♫♥♫ Ramah dan mesra
•*¨*•♫♥♫ Tidak terlalu cemburu
•*¨*•♫♥♫ Menghormati orang lain
Ketinggian darjat seorang wanita jelas tergambar dalam lirik lagu bertajuk
IMPIAN KASIH nyanyian kumpulan IN-TEAM..
"Wanita Hiasan Dunia,
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,
Yang Akan Membahagiakan,
Syurga Dalam Rumah Tangga.."
** Semoga kita tergolong dalam kalangan wanita yang terpelihara dari segi
zahiriah dan rohaniah..
Aamiin Ya Rabbal Alamin...