Assalamualaikum...
Hmm baca tajuk pun dah seram kan??? Nie la email yang saya dapat mase masuk office pagi tadi..
Jom kite baca sikit ape penerangan yang "mereka" hantar dalam email 2....
"Dah lama aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri"...
Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..
Anonymous said...
Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.
Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.
Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.
Amacam???Seram x??
Kat bawah nie serba sedikit gambar2 restoran 2..
Renung2 kan bersama.. (^_^)
wassalam..
No comments:
Post a Comment