Friday, April 20, 2012

..::Tazkirah JUMAAT~kuliah maghrib USTAZ AZHAR IDRUS Masjid Al-Falah Sg. Isap::..

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Selamat Beramal,
Wahai diriku,
Solatlah kamu di belakang imam,
Sebelum kamu di solatkan di hadapan Imam..

~ Kuliah Maghrib bersama USTAZ AZHAR IDRUS pada 25 Jan 2012 (Rabu)
di Masjid Al-Falah Sg. Isap - SESI SOAL JABAB ~

1) MARHABAN oleh WANITA ketika majlis perkahwinan / di khalayak ramai = mengangkat suara dengan melagu-lagukan untuk di dengar oleh bukan mahram, maka HARAM.. contoh : perempuan azan hukum haram, iqamat hukum makruh bila di dengar ajnabi.. Jika buat untuk pendengar perempuan sahaja maka boleh..

2) Pergolakan rumah tangga kerana suami telah kawin lain.. Si isteri / ibu menghasut ANAK mereka supaya BENCIkan ayah mereka = HARAM.. BERDOSA BESAR walaupun ayah mereka seorang kafir.. Orang yang memutuskan Silaturrahim, amalan dia tidak akan diterima, nak marah boleh, tapi jangan sampai macam tu, jangan melebihi sempadan (hukum syarak)..

3) Apakah ibadat yang baik selain Tawaf dan Umrah ketika berada di Mekah @ Madinah? = Ziarah makam RASULULLAH S.A.W.  mendapat ganjaran pahala yang sangat besar, kerana bila kita ziarah makam Baginda ibarat kita berjumpa dengan Baginda.. Duduk / Iktikaf dekat Raudhah (Madinah)..

4) Hukum mengGAYAkan bacaan AL-QURAN seperti lagu Hindustan & Melayu = TAK BOLEH.. Baik hias suara dengan gaya Arab, ikut cara orang arab baca..

5) Isu suara dari langit = dekat Qiamat memang banyak dengan bunyi-bunyi, tetapi itu bukan nak Qiamat.. Nabi cakap, berpeganglah kepada Quran & Sunnah (hadis) maka kamu akan selamat biar datang Dajal pun, kamu tak kan disesatkan oleh dajal ataupun yakjuk makjuk.. Daripada kaji Qiamat, baik buat kursus mandi MAYAT!!

6) "Saya curi ayam, wajib x saya sembelih ayam tu sebelum makan?" = 'Boleh tahan jugak orang Sg. Isap nie..' Hukumnya HARAM kerana mencuri ayam, hukum sembelih harus, kerana jika xsembelih ayam itu menjadi bangkai.. tetapi hukum memakannya haram kerana makan ayam curi..

7) Soalan boleh tahan nie... (i) Batal tak wuduk jika pegang zakar yang terputus? = Jika zakar itu BENTUK SEMPURNA lagi, BATAL..jika BUKAN BENTUK SEMPURNA, TIDAK BATAL.. (ii) Batal ke Xwuduk juka pegang mayat perempuan bukan muhrim? = Batal..

8) Aqidah ASWJ tentang titian Sirat = mengikit Rasulullah S.A.W., di bawah titian sirat ada api neraka (hadith riwayat Muslim).. di dalam Al-Quran, tiada seorang pun yang dapat lagi, melainkan semua kena lalu titian sirat nie.. Allahurobbi..

9) Kerja di PELANTAR MINYAK 1 bulan, solat Jumaat 4 kali xpergi = Jika dia syiff 2 minggu duduk di pelantar tetapi sengaja pilih syiff untuk duduk di pelatar 1 bulan, maka haram.. jika memang DITETAPKAN dalam JADUAL = XHARAM..

10) Suami xberi nafkah, xbertanggungjawab, xleh ditegur, xsolat, apakah yang patut dibuat = SIAPA TIADA SOLAT BAGINYA MAKA TIADA AGAMA BAGINYA.. amal ibadat X di terima.. Silap kita, siapa suruh gi nikah dengan dia.. Nak pilih bakal suami, elok-elok.. jangan pandang rupa & harta benda, nasi dah jadi bubur..cuba bincang dengan ahli keluarga suami yang terdekat, yang suami hormat / malu padanya, suruh nasihat suami, jika tak jadi jugak, pergi pejabat agama, pejabat agama akan siasat.. Jika betul, boleh minta cerai..

11) Boleh X, kain Ihram (kain yang dipakai masa pergi haji) di guna untuk buat kain kafan? = Hukumnya harus (boleh)..

12) "Boleh Xkawin dengan ibu susu adik ipar saya?" = Boleh.. Dengan susu - susu boleh..

13) Baca surah An-Nas sebelum solat, sunat ke? = kata ulamak daripada Universiti Al-Azhar tidak sunat, tetapi jika niat untuk mengelak daripada gangguan syaitan, harus.. dalam keadaan aman, jika imam tengah rukuk, kemudian tunggu sebentar kita yang datang lewat, xbolehlah nak baca surah An-Nas, angkat takbir terus rukuk la..

14) Hukum tutup aurat depan lelaki buta bukan mahram? = Apa itu aurat?kalau kita faham, maka tahulah jawapannya.. Aurat wajib ditutup daripada orang yang haram tengok, depan orang buta maka sunat tutup..Xharam buka aurat dalam masjid, jika xde orang tengok..tak wajib tutup aurat daripada Allah dan Malaikat kerana Allah dan Malaikat sentiasa bersama kita..

15) Tengah ambil wuduk di bahagian kepala, terkentut = ada perbezaan pendapat, sunat ulang semula, bagi meraikan pendapat yang kata wajib kena ulang semula..

16) Darah nifas = paling lama keluar, 60 hari..BUKANnya wajib pantang 60 hari..jika lebih daripada 60 hari, wajib kena solat, puasa..Bila raa tak ada dah, periksa kemaluan dengan cara : duduk cangkung, jirus air ke dalam kemaluan untuk mencici, biarkan kering sekejap, kemudian masukkan dengan kapas sedalam 1 jari.. Jika tengok bersih / xde darah dah, maka wajib solat walaupun ketika itu baru 34 hari..

17) Apa sebab Nabi Isa diturunkan semasa akhir zaman? = sebab Nabi Isa belum wafat.. Daripada hadis - hadis sahih menyatakan, Nabi Isa a.s. akan turun ke bumi untuk "mematahkan" salib yakni menceritakan bahawa Baginda tidak disalib dan memberitahu semua orang, yang ISLAM itu benar dan agama kristian dan yang lain tue adalah agama yang BATIL..

18) Hukum potong rambut di kedai perempuan kafir = ada yang kata haram, ada yang kata boleh..sebaiknya xpayahlah..kerana membantu ekonomi mereka dan juga qias kepada perempuan kafir boleh menzahirkan (cerita) tentang aurat kita kepada lelaki ajnabi / kafir..

19) Nasihat bagi orang yang BERCOUPLE?? = KAWIN lah!!! boleh mencintai perempuan dengan tujuan nak nikah dengannya..

20) Suami tiada dirumah, sepupu datang, boleh xbagi masuk = xboleh masuk, tanpa izin suami..

21) Mandi di tempat terbuka seperti air terjun, pantai, taman tema = xboleh.. solat dalam masjid pun xleh campur - campur, kena letak tabir / hijab..

22) Hukum cari nafkah atas tanah orang lain = haram..

23) Nak beli emas dengan cara menukar emas kita yang lama dengan emas yang hendak dibeli = kena sama timbangan & nilainya..

24) Macam mana pakai tudung yang betul = wajib tutup bentuk / bahagian dada..

25) Apakah hukum pelihara burung walit (layang2) di kawasan perumahan? = "boleh bela, yang tidak bersuara" =) jika mudarat kepada orang seperti bunyi - bunyi, maka haram.. dia masuk pitis, orang masuk kapas dalam telinga..

26) Orang yang buat tatu, kemudian bertaubat, wajib xbuang? = Jika orang kafir masuk Islam xwajib buang.. Jika orang Islam, bertaubat, wajib buang walaupun sakit..

27) Orang kirim beli barang, bagi duit dengan jumlah tertentu.. kita beli barang tue dapat diskaun / harga murah daripada sebenar & dapat hadiah.. Maka jadi milik siapa duit lebih & hadiah tu..boleh x kita ambil?? = Milik tuannya yang kirim itu..kerana kita tukang beli sahaja, melainkan tuannya halalkan..

28) Quran ada 7 lapis, betul ke? = xbetul.. yang betul ada 7 ayat & 7 bunyi..

29) Suami & isteri solat berjemaah, imam batal solat..siapa yang kena ganti?? = isteri teruskan solat seperti buasa & masih dapat pahala berjemaah..

30) Kongsi 1 bahagian dalam lembu korban.. 1 bahagian RM 350, kumpul dengan 7 orang (RM 50 seorang), boleh x?? = Boleh, tapi xsah.. 1 bahagian untuk 1 orang sahaja..

31) Ketika iktidal, hayun tangan = Jika berayun bukan dibuat2, xbatal..

32) Doktor yang buat pembedahan, terlepas solat zohor, boleh xjamak?? = Mazhab Syafie, bpleh qada jika selamatkan nyawa orang lain dengan syarat pembedahan yang besar dengan xde orang yang ganti..

Sabda Nabi : "SAMPAIKAN BAGI KU WALAU SATU AYAT"

No comments:

Post a Comment