Wednesday, December 1, 2010

Busana Patuh Syariah..


Menutup aurat sangat sinonim dengan muslimah. Namun mungkin tidak semua Muslimah menutup aurat. Yalah, automatiklahir sebagai orang Islam belum menjamin apa – apa. Apatah lagi penghayatan syariat. Namun jika wanita itu Mukminah, mereka mesti menutup aurat kerana itu sdentiti yang sepatutnya mereka bangga – banggakan.
                Anjuran menutup aurat ini diperintahkan dalam al-Quran al-Karim dalam ayat 31 surah al-Nur, mafhum firman Allah s.w.t.: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera – putera mereka, atau putera – putera suami mereka, atau saudara – saudara laki – laki mereka, atau putera – putera saudara perempuan mereka, atau wanita – wanita Islam, atau budak – budak yang mereka miliki, atau budak – budak laki – laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak – anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakunya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
                Menutup aurat itu tidaklah susah jika rasa malu telah menghuni hati Muslimah. Namun jika berbagai alasan mengiringi seruan menutup aurat, maka mulalah rasa berat. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan Muslimah yang lain. Cuba kita menyemak kembali pakaian yang tersusun rapi di dalam almari pakaian. Adakah semua pakaian yang kita pakai di luar rumah dan di hadapan mahram itu patuh syariah?


PANDUAN MUDAH BUSANA PATUH SYARIAH.

1.        Tidak nipis.
Pakaian itu perlu diperbuat daripada kain yang tebal atau tidak nipis. Yang penting kain tersebut mampu melindungi tubuh seseorang. Selain itu warna kain mampu melindungi warna kulit sama ada putih melepak, kuning langsat atau sawo matang.



2.        Menutup seluruh bahagian badan dikira aurat.
        Berapa helai pun pakaian yang disarungkan ke tubuh kita, pastikan seluruh badan kecuali wajah dan tapak             
        tangan terlindung. Jangan rasa bangga mendedahkan aurat. Sebaliknya kasihanilah kulit anda kerana sebagai
        wanita yang memiliki kulit semula jadi lembut dan gebu perlu dipelihara. Kulit seorang wanita bukan kulit buaya
        yang dengan selamba boleh berjemur di bawah terik matahari.



1.        Tidak memperlihatkan bentuk tubuh.
Saiz ukuran pakaian hendaklah longgar supaya dapat memberi keselesaan kepada tubuh kita. Apalah ertinya berpakaian jika pakaian kita yang ketat seperti membungkus tubuh lalu bentuk tubuh dapat dilihat dengan jelas. Jangan pula memakai pakaian yang jarang tetapi memakai inner yang ketat hingga menampak bentuk badan.

2.        Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.” (Riwayat al-Bukhari no.5547)

3.        Tidak menyerupai pakaian wanita non-Muslim.

4.        Bukan pakaian syuhrah.
Yakni mempunyai unsur – unsur yang membangga – bangga dan menunjuk – nunjuk.
               
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai anak Adam, sesunnguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda – tanda kekuasaan Allah, mudah – mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A`raf 7:26) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian taqwa di sini ialah pakaian yang memenuhi ciri – ciri bertaqwa kepada Allah, patuh kepada larangan dan ancaman Allah.
                Akhir kalam, ringankanlah hati dan anggota badan untuk menuruti dan mematuhi suruhan Islam agar wanita Muslimah sentiasa memelihara aurat daripada ancaman dosa dan maksiat. Islam perlu diambil secara menyeluruh, untuk mendapatkan kebaikannya yang syumul.
                Persepsi sebahagian besar umat Islam, menutup aurat itu hanya dengan menutup kepala sahaja. Selain itu, perkara yang sering diabaikan ialah kaki. Ramai wanita menunggang basikal atau motosikal, terselak betis dan kaki, pada hal ianya juga aurat. Jadi, seeloknya memakai seluar panjang sebagai pakaian dalam dan juga bersarung kaki. Inilah kesempurnaan penutupan aurat wanita.
                Bagi wanita Muslimah, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. ini saat sebelum keluar rumah untuk apa – apa urusan sekalipun.

1 comment:

  1. salam ukhwah..
    lame gak xpost..
    harap dapat ambil pengajaran yang baik..

    ReplyDelete