Monday, May 30, 2011

Zikrullah Dilimpahi Ketenangan..

Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : "Allah s.w.t. berfirman:'Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepada-Ku. Jika dia berzikir (mengingati-Ku) dalam dirinya maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut mana-Ku di dalam sebuah perhimpunan maka Aku mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya." (Riwayat al-Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)

     Alhamdulillah, Mutiara Tasawuf kali ini akan membahaskan kepentingan dan kelebihan - kelebihan zikir menerusi neraca para sufi yang telah melaluinya dalam perjalanan mencapai makrifatullah.
     Zikir menurut bahasa ialah menyebut dan mengingati. Manakala dari segi istilah pula ialah menyebut dan mengingati Allah s.w.t., Zat Yang Maha Sempurna dengan pelbagai sighah. Ia merupakan amalan hamba yang sentiasa sedar akan tuntutan kewajiban mengingati dan mensyukuri Khaliknya.

Kepentingan Zikrullah di sisi para Ulama.

Ibn Abbas r.a. menegaskan tentang kepentingan zikir ini dengan katanya : "Sesungguhnya setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hamba-Nya ada batasannya. Bagi yang uzur, dimaafkan oleh-Nya. Namun tidak bagi zikrullah. Tidak ada batas dan uzur yang dapat diterima untuk keringanan daripada zikir kecuali apabila akal seseorang itu telah berubah menjadi gila."
     Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dalam risalah al-Qusyairiyah pula menyatakan : "Zikir itu adalah lambang kewalian dan jiwa bagi segala amalan. ia tidak terbatas dalam waktu haram dan ternafi daripada segala keuzuran."
     Al-'Allamah Abu Laith al-Samarqandi menyatakan di dalam Tanbih al-Ghafilinnya : "Zikirnya Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah dengan mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. maka apabila seseorang hamba itu berzikir kepada-nya, Dia menyebut zikir hamba-nya itu dengan kurniaan keampunan."

Monday, May 9, 2011

Kem Kepimpinan Nisa'

Assalamualaikum pembuka bicara..

Ana nk share something..
actually benda nie dah 2 minggu di simpan..heheee
Tanggal 23 April yg lepas(serentak ngan program mewarna) ana join kem kat Ampang Pechah..

~nie antara adik2 Nisa' ana~

masa 2 kiteorang datang agak lewat la..
program start awal pg..(xsilap pukul 8 pg dah start..tp kiteorang sampai pukul 4 ptg..)
lagipun bukan sengaja nk lewat..
mase datang 2 agak malu jugak la..
almaklum la yg join nie bkn dari Hulu Selangor..
tp daerah laen..
Nisa' Banting..Nisa' Sg Besar..Nisa' Gombak..Nisa' UKM..Nisa' Bangi..
macam-macam lagi la..huhuuu
tp TUAN RUMAH lak yang datang lewat..
dah 2 yang datang cuma 8 ORANG je..
malu giler..
kalau ramai xpe gak la..huhuuu

ok2 jom tengok serba sedikit pic yang sempat dirakamkan..

~fuhh lepas sudah..say sakinah~

~Insya Allah bakal2 pemimpin~

~ini lah BARANG AMANAH kami~

barang amanah (biskut merrie) nie diberi semasa pendaftaran..
so kne simpan baik2..
mane tau die minta balik kan..


cuaca pun baik..sesuai untuk beribadah..

~sorry raja tercandid lak..hehehe~


Inilah barisan kita..

Alamak nape berdiri cam nie??

macam nak bernasyid la pulak..hehehee

~SEMPOI~

ohh pokok ku..


"kak boleh tak kiteorang nk main nie?" tanya Elliani..

"hmm jap akk pikey..boleh ke k masuk dalam tayar tu??"

adik2 ku yang ceria..


~nie plan perumahan kat Kg Pasir Kalumpang~

alamak nape lak masuk Kg. Pasir lak nie??

haa jgn xtau..nie nk kna g berperang lak..hehee

KE MEDAN SIASAH..

salah satu modul yang wajib dipatuhi..

~FULL PLAN~


nie sebahagian group ana..
sebenarnye ade 10 orang sumenye..
tp kteorang berpecah jdkan 2 kumpulan..
2 yang tinggal 5 orang..
(4 orang dlm gambar..1 tlg tangkap gambar..ana la 2..hehee)



~time 2 back~



masing2 kepenatan pas habis 2..
tp Alhamdulillah message yang nk disampaikan berkesan..
harap2 kami dapat manfaatkan ape yang diterapkan buat kami satu hari nanti..
Amin..

p/s : KEM SPIES BELIA memang best..

Tuesday, May 3, 2011

~Hijrah~

Seringa daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihMu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan


Lirik : Tn. Hj Ismail b. Ahmad
Lagu : Ummu Umar