Saturday, April 2, 2011

Ku Tunggu Pinanganmu..

Merindukan pendamping hidup adalah fitrah setiap insan. Wanita,,juga mengharapkan seorang lelaki yang akan hadir dalam hidupnya untuk melindungi dirinya. Dan,saat penantian ini adalah ujian yang paling terberat harus ditempuhi oleh seorang wanita.

Sebagai bunga yang sedang mekar mewangi,seringkali ada sahaja kumbang yang menghisap madunya,seringkali ia terlena dengan tawaran manis kumbang yang menggoda.Tapi sayang, kumbang itu hanya datang untuk menghisap madunya tanpa bertanggungjawab. Realitinya,banyak wanita yang telah kehilangan kehormatannya. Kerana itu,setiap wanita muslimah hendaklah pandai menjaga diri. Jangan mudah tergoda dengan pujukan nafsu yang menipu. Sabar dalam menunggu janji Allah.
Sebaiknya dalam menunggu janji Allah lebih baik kita mendekatkan diri kepada pemilik nyawa ini. Berdoa dan bertawakal atas segalanya. Rezeki,maut termasuk jodoh sudah tercatat di loh mahfuz. Dia maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya.

Harapan kita kepada Allah adalah bukan harapan yang sia-sia. Hanya kepada Allah kita berserah,berdoa kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang soleh,yang baik agamanya dan boleh membawa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Yakin kepada Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah akan mengikuti persangkaan hambanya? Sebab itu,jangan berburuk sangka kepada Allah.

Sebagai seorang muslimah,bekali lah diri dengan ilmu,khususnya ilmu agama. Ilmu yang berkaitan rumah tangga. Ikutilah srikandi yang terdahulu, mereka sudah menjadi ibu sebelum melahirkan anak lagi. Persiapkan diri anda dengan menjadi isteri yang solehah kerana sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah. Ingat,kecantikan seorang wanita hanya layak dipertontonkan hanya untuk suami tercinta.

Buat para ikhwan,

Ketahuilah bahawa ramai muslimah yang telah siap menunggu. Mereka menunggu pinanganmu. Mereka menunggu keberanianmu. Jangan sampai kamu mengikhlaskan wanita-wanita yang solehah dinikahi oleh lelaki-lelaki yang tidak baik agamanya. Satu benda ja yang kita kena ingat, Allah akan menolong pemuda yang berniat menikah untuk menyelamatkan agamanya. Kerana itu,carilah pendamping hidupmu yang boleh membawamu ke jalan yang diredhai Allah.

p/s : saya menunggu seorang wira bukan lelaki yang lemah!

2 comments: