Monday, February 3, 2014

..:: Novel2 yang akan berada dalam simpanan ::..

`•.¸.•´  بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم  `•.¸.•´
&
`•.¸.•´ Assalamualaikum `•.¸.•´


Hmm lama rasanya ana tidak membuat coretan disini... MAAF sangat2... Banyak benda yang perlu lakukan sekarang nie... 

Ape2 pun novel kena cari jugak..heheee So kebetulan pagi nie masuk office awal, cari la antara novel yang akn berada dalam simpanan tidak lama lagi... :)

Jom tengok novel & sinopsis nye.... :)

¸.•✿´¯) BERIKAN AKU BAHAGIA ¸.•✿´¯)


Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri.

Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan itu ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu, mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran di bawah langit biru. Kini, Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan sengaja menyembunyikan identiti diri, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus terang.

Akhirnya, rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengecapi bahagia?

¸.•✿´¯) MR.LONDON MS. LANGKAWI ¸.•✿´¯)


Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

 "Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
 "Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
 "Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite....cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
 "Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm....asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

¸.•✿´¯) CINTA SEPARUH MATI ¸.•✿´¯)


Wardah seolah-olah melarikan diri daripada Faisol sebaik sahaja dia pulang dari Melbourne, Australia setelah empat tahun melanjutkan pengajian di sana. Dia tidak mahu lelaki itu tahu di mana dia berada atau apa yang dilakukannya. Malah, rahsia dia bersama rakan baiknya, Hazimah di pusat perlindungan itu harus disimpan kemas.

Faisol tidak berputus asa. Pencariannya tidak mengenal erti lelah. Akhirnya, mereka dipertemukan secara tidak sengaja. Konon Wardah mahu menyembunyikan identiti diri. Mudah sahaja Faisol mengecam gadis itu. Daripada suara dan gaya, dia sudah tahu itulah kekasih hati yang dicari-cari selama ini.

Hubungan terputus bertaut semula sehingga mereka berjanji untuk sehidup semati. Namun ada pula halangannya. Kemunculan Nora dan kemarahan Datin Rahmah, ibu Faisol memberatkan lagi duka lara yang ditanggung oleh Wardah. Apatah lagi, kedua-duanya sudah mengetahui dia memerlihara seorang bayi itu!


**************************************

Dan Novel paling dicari-cari ialah novel nie..................

¸.•✿´¯) CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA ¸.•✿´¯)


“Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” - SON MIN HYUK

“Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” - AIMIN HAZWANI

Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.

Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.

“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI

“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK

“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI

Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.

Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.

“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.

“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF

Siapakah Adam Yusuf?


*****************************

Hmm sampaikan sanggup anta email kat penulis novel 2 untuk beli terus dari dia.. Maklumla, kat sini susah betul nak dapatkan... Jadi nak cepat minta terus dari penulis la kan...

Harap2 ada respon +ve la.. Aamiin....

Ok setakat nie dulu ye.. Ada masa, ruang & peluang, kita coret lagi...

WASSALAM......


No comments:

Post a Comment