Thursday, March 22, 2012

..::7 Sunnah Nabi SAW::..

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Tujuh sunah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA : TAHAJJUD.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..

KEDUA : MEMBACA AL-QURAN  sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KETIGA : JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMA DI WAKTU SUBUH.
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT : JAGA SOLAT DHUHA.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : JAGA SEDEKAH SETIAP HARI.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : JAGA WUDHUK MENERUS.
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. kata Khalifah Ali Bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan di jaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".

KETUJUH : AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment